Posts

Menghargai Perjalanan, Menikmati Ujian Dan Cabaran.

Image
Pernahkah anda terdengar tentang ungkapan " muhasabah" ? Biasanya ungkapan ini apabila disebut, seringkali dikaitkan hanya dengan perihal dosa atau kesalahan bukan? Bak kata si fulan, "muhasabahlah, berapa banyak dah dosa yang kau buat". Atau ayat-ayat yang seerti dengannya. Namun, adakah muhasabah itu hanya berkisar tentang dosa semata-mata? Muhasabah berasal dari perkataan arab yang membawa maksud perhitungan, pengiraan atau penilaian. Ungkapan yang boleh digunakan juga dalam terma psikologi sebagai refleksi diri atau merenung diri. Apabila menyebut tentang refleksi diri, maka konsep muhasabah ini dapat diaplikasikan dengan lebih meluas. Misalnya, kita boleh merenung kembali kebahagiaan dan kesusahan yang telah kita lalui sebelum ini. Semalam, kelmarin atau waktu-waktu yang lalu. Semua yang kita lalui, yang kita hadapi, tidak kiralah suka atau benci, semuanya merupakan aturan berbentuk takdir yang Allah dah susunkan cantik dan indah untuk kita. Ya, cantik dan inda

Tips Sebelum Menghafaz Al-Quran Bagi Pemula

Image
Saya bukanlah orang yang masyi hafazan Al-Quran, saya hanya diberi peluang oleh Allah untuk menghafaz 30 Juz Al-Quran. Namun, belum tentu keseluruhan Al-Quran saya ingat. Astaghfirullah! Semoga Allah terus istiqamahkan saya menjaga hafazan hingga akhir hayat. Aamiinn. Hafaz dan jaga hafazan merupakan dua perkara berbeza. Sebelum menghafaz Al-Quran sebagai pemula, anda perlu ingat, kita perlu jaga hafazan tersebut. Hafaz dan jaga hafazan. Tidak boleh sekadar menghafaz tanpa usaha untuk mengulang dan menjaga hafazan tersebut selepasnya. Oleh itu, menghafaz Al-Quran ini tidak mudah kerana anda wajib buat kerja yang kedua selepas kerja yang pertama. Dah hafaz kenalah murojaah! TIPS 1 : Tetapkan niat kenapa nak hafaz Al-Quran. Setiap perkara harus bermula dengan niat. Apatah lagi menghafaz Al-Quran. Ibadah yang sangat besar syafaatnya di akhir kelak. Jadi, sebagai pemula anda perlu ada niat yang jelas, niat yang dapat menguatkan anda sepanjang anda berjalan atas jalan ini. Kerana sepertiman