Posts

Showing posts with the label Tips-Tips

Tips Sebelum Menghafaz Al-Quran Bagi Pemula

Image
Saya bukanlah orang yang masyi hafazan Al-Quran, saya hanya diberi peluang oleh Allah untuk menghafaz 30 Juz Al-Quran. Namun, belum tentu keseluruhan Al-Quran saya ingat. Astaghfirullah! Semoga Allah terus istiqamahkan saya menjaga hafazan hingga akhir hayat. Aamiinn. Hafaz dan jaga hafazan merupakan dua perkara berbeza. Sebelum menghafaz Al-Quran sebagai pemula, anda perlu ingat, kita perlu jaga hafazan tersebut. Hafaz dan jaga hafazan. Tidak boleh sekadar menghafaz tanpa usaha untuk mengulang dan menjaga hafazan tersebut selepasnya. Oleh itu, menghafaz Al-Quran ini tidak mudah kerana anda wajib buat kerja yang kedua selepas kerja yang pertama. Dah hafaz kenalah murojaah! TIPS 1 : Tetapkan niat kenapa nak hafaz Al-Quran. Setiap perkara harus bermula dengan niat. Apatah lagi menghafaz Al-Quran. Ibadah yang sangat besar syafaatnya di akhir kelak. Jadi, sebagai pemula anda perlu ada niat yang jelas, niat yang dapat menguatkan anda sepanjang anda berjalan atas jalan ini. Kerana sepertiman